Now Reading
Pendakwah Selebriti Curang – Isteri Dedah Temui Video Berahi Suami Bersama Wanita Lain

Pendakwah Selebriti Curang – Isteri Dedah Temui Video Berahi Suami Bersama Wanita Lain

Ketika masyarakat masih bercerita mengenai kontroversi seorang pendakwah selebriti, kini timbul pula satu lagi cerita kurang enak mengaitkan satu lagi pendakwah bebas kelahiran program realiti.

Kisah ini didedahkan sendiri oleh isteri kepada pendakwah selebriti berkenaan dalam satu temubual dengan portal mStar

Wanita berkenaan mendakwa dia tidak mampu lagi untuk menanggung penderitaan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka. Dia turut mengalami tekanan emosi gara-gara perbuatan buruk suaminya yang sudah beberapa kali dikesan berlaku curang.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” dedah wanita itu kepada portal berkenaan.

Selain itu warna berkenaan turut mendakwa telah menemui beberapa keping gambar berahi bekas teman wanita suaminya yang dikirim melalui pesanan peribadi (DM) Instagram

Yang agak mengejutkan, kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali kerana suaminya pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini malah masih dilakukannya

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.

“Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.

See Also

Tidak berhenti di situ sahaja pendakwah bebas yang berusia 29 tahun itu juga dikatakan sering menghantar kiriman dalam bentuk DM kepada gadis-gadis muda secara rawak di Instagram dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

“Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.

“Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video,” tambahnya wanita itu yang bakal membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya.

Namun yang menariknya, pendakwah terbabit sendiri ada menghubungi mStar  memohon agar isu berkenaan tidak dipanjangkan namun dalam masa sama enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan isterinya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.