fbpx
Now Reading
5 Persedian Semasa Gangguan Bekalan Air

5 Persedian Semasa Gangguan Bekalan Air

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain dari tiada bekalan elektrik, ketiadaan air juga cukup menyesakkan. Yelah, selain diperlukan sebagai minuman, air juga merupakan keperluan penting manusia untuk membersihkan diri, menyucikan diri, dan banyak lagi. Masak? Tak yah cerita lah, lagi mustahil!

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Selangor, untuk tahun ini sahaja sudah hampir tiga kali kawasan di sekitar negeri ini mengalami ganguan bekalan air gara-gara pencemaran air yang di lakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Nak mengeluh pun benda dah terjadi kan? Jadi apa kata ikuti perkongsian kami bagi memudahkan anda mengharungi musim gangguan bekalan elektrik ini dengan sebaik mungkin.

#1 Dapatkan tong air dengan penutup dan simpan air sebanyak yang mungkin

Pengalaman mendewasakan bukan? Bak kata peribahasa ‘ Sediakan payung sebelum hujan’ selepas ini pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu tong penyimpanan air di tandas dan juga di dapur.

Pastikan juga ia sentiasa dipenuhi air dan ditutup rapat. Seeloknya cari tong yang mempunyai standard dari FDA ( Food Drug Administration) dan diperbuat daripada HDPE (High Density Poly-Ethylene) Ini bagi mengelakkan tong mengeluarkan bau yang kurang enak serta selamat digunakan untuk diminum.

#2 Sediakan troli pengangkut barang dirumah

Tak kiralah se’sasa’ mana badan anda, kalau da kena angkat air berulang kali, memang nak tercabut rasa badan. Cara terbaik adalah mendapatkan troli mengangkut barang. Tak perlu bersusah payah nak angkut tong tu. Letak dan olak je sampai ke dalam rumah.

Selain dari digunakan untuk mengangkut tong air boleh juga digunakan untuk mengangkat barang-barang berat lain betul?

#3 Bekalkan diri dengan Wet Tissue

Wet tissue atau dalam bahasa melayunya, tisu basah adalah alternatif terbaik dalam menggantikan air sewaktu operasi pembersihan. Tidak kiralah untuk lap tangan, badan, atau apa saja, keadaannya yang basah menyebabkan tisu sebegini dapat membantu menjimatkan penggunaan air.

Jangan ambil wudhu guna wet tissue sudahlah! Haha

#4 Sediakan Hand Sanitizer

Susah nak pastikan tangan kita benar-benar bersih sepanjang ketiadaan air kan? Yelah dah tonyoh sabun mestila lagi banyak guna air, ‘endingnya’ ada yang malas dan terus cuci secara ala kadar sahaja.

Jadi bagi membuang kotoran dan mengelakkan bakteria dari terus melekat di tangan anda sapukan hand sanitizer, paling elok di gunakan selepas tangan dibilas dengan wet tissue.

#5 Gunakan set pinggan mangkuk pakai buang

Bekalkan rumah anda dengan set pinggan mangkuk pakai buang. Bukan sahaja dapat menjimatkan air malah memudahkan urusan anda semasa ketiadaan bekalan air lagi-lagi buat keluarga besar yang menginap dalam satu rumah yang sama.

Jadi apa lagi? dapatkan keperluan ini bagi memudahkan urusan anda semasa ketiadaan bekalan air.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.