fbpx
Now Reading
Buat Pertama Kali, Dua Penyanyi Dinobatkan Sebagai Juara Gegar Vaganza, Tahniah Naqiu dan Hady!

Buat Pertama Kali, Dua Penyanyi Dinobatkan Sebagai Juara Gegar Vaganza, Tahniah Naqiu dan Hady!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertama kali terjadi! Pertarungan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) menyaksikan kejutan apabila Naqiu Boboy dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara bersama program realiti itu di sini, Ahad malam.

Mempersembahkan dua tugasan merangkumi nyanyian solo dan ‘battle’, mereka menewaskan empat peserta lain, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi tajaan Astro

Mendendangkan dua lagu, Naqiu dengan persembahan solo Srikandi Cintaku, kemudian bergandingdengan Hady untuk lagu Ha Tepok, persembahan mereka berdua ternyata memukau hati juri dan para penonton.

Penyanyi asal Singapura, Hady dalam persembahan solonya mempertaruhkan lagu Ku Bersuara dalam rendition tersendiri.

Ini menyaksikan tiada peserta berada di tempat kedua dan Jatt berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza 2019 malam ini.

Tempat keempat pula menjadi milik Nur Fatima, One Nation Emcess di tempat ke-6 dan Sham Visa di tempat ke-6.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.