fbpx
Now Reading
Kerana Gambar Yang Disunting Bersama Rose BLACKPINK, Naim Daniel Terima Ugutan

Kerana Gambar Yang Disunting Bersama Rose BLACKPINK, Naim Daniel Terima Ugutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6VoFTIBv6b/?utm_source=ig_embed

Hanya kerana gambar yang disunting secara suka-suka, penyanyi Naim Daniel mendedahkan mendapat kiriman mesej berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali.

Naim menyunting foto bersama salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Rose baru-baru ini.

“Hello, maaf kerana mengganggu. Aku ada benda nak bincang dengan kau.

“Dengan ni, stop post gambar kau dengan Rose.

“Kau dengar? Kau ingat kau artis, kau bolehlah buat macam tu?

“Kalau aku nampak lagi kau post pasal Rose BLACKPINK siap kau”

Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Sumpah itu tidak kisah dengan ugutan yang diterima.

“Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan sakiti saya seperti itu,” balasnya di kapsyen.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut kecewa dengan tindakan melampau peminat K-pop itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.