fbpx
Now Reading
Sony Bill Williams Ikut Langkah Mesut Ozil Pertahan Kaum Etnik Uighur

Sony Bill Williams Ikut Langkah Mesut Ozil Pertahan Kaum Etnik Uighur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial kini hangat memperkatakan tentang situasi kaum etnik Uighur yang diseksa di kem pertahanan oleh China. Namun, kejadian ini masih dinafikan oleh kerajaan China.

Kini sudah ramai selebriti yang sedar akan keadaan mereka dan menyuarakan kebimbangan mereka termasuklah Sonny Bill Williams menyatakan sokongannya terhadap kaum etnik Uighur menerusi akaun twitter beliau.

Bekas pemain ragbi New Zealand itu menyatakan dalam laman sosial media: “Adalah sedih apabila kita memilih manfaat ekonomi berbanding kemanusiaan,” pesanan yang menyusul daripada laporan bahawa China telah mengepung dan menahan sebahagian besar kaum etnik Uighur.

Williams bukannya bintang sukan pertama yang menarik perhatian umum mengenai nasib kaum etnik Uighur atau keengganan beberapa pihak di barat bersikap kritikal terhadap China yang dianggap sebagai pasaran utama sukan seperti bola sepak dan bola keranjang.

Pada awal bulan ini, pemain Arsenal, Mesut Ozil memuat naik dalam media sosial: “Turkestan Timur, luka berdarah pada Ummah, menentang penindas yang cuba untuk memisahkan mereka daripada agama mereka. Mereka membakar Quran,”.

“Mereka menutup masjid mereka. Mereka melarang bersekolah. Mereka membunuh ulamak. Kaum lelaki dipaksa ke kem dan keluarga mereka dipaksa hidup dengan lelaki China. Kaum wanita dipaksa berkahwin dengan lelaki China. Namun orang Islam berdiam diri. Mereka (Orang Islam) tidak bersuara. Mereka (Orang Islam) meninggalkan mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa dengan bersetuju terhadap penganiayaan itu ada penganiayaan?

Ozil berhadapan dengan tindak balas sejak beliau menyiarkan komennya itu dan Liga Perdana Inggeris serta Arsenal didakwa menjarakkan diri daripada bekas pemain kebangsaan Jerman itu dan membiarkan pemain itu dipinggirkan.

Malah Ozil turut dikeluarkan daripada PES 2020 di China baru-baru ini.

Pada November lalu, The New York Times melaporkan kaum etnik Uighur telah ditahan secara beramai-ramai oleh pihak berkuasa China di barat laut negara itu dan memasukkan mereka dalam ‘kem indoktrinasi’ .

Laporan tersebut menyaksikan Parlimen Kesatuan Eropah menggesa sekatan dikenakan terhadap China. – Agensi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.