fbpx
Now Reading
“Saya Langsung Tiada Cash Walau Sesen” – Pelanggan Tiada Wang Di Tangan, Tindakan Cashier Ini Dipuji Netizen

“Saya Langsung Tiada Cash Walau Sesen” – Pelanggan Tiada Wang Di Tangan, Tindakan Cashier Ini Dipuji Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10221343589608914&set=a.4033819933563&type=3&theater

Viral semalam di Facebook apabila seorang lelaki menceritakan pengalamannya bertemu seorang pekerja restoran makanan segera yang bukan sahaja baik hati malah begitu membantu di Hentian Rehat Ayer Keroh Melaka.

Difahamkan lelaki ini, Datuk Roslan Hassan singgah berehat bersama keluarga di Hentian Rehat berkenaan, namun dia berdepan kesukaran kerana restoran berkenaan tidak menerima pembayaran melalui kad debit. Malah lebih menyulitkan keadaan apabila dia yang ketiadaan cash di tangan gagal menghubungi semua ahli keluarganya yang kebetulan sedang berada di surau dan tandas.

Namun saat berurusan di kaunter pesanan yang sibuk dengan pelanggan yang ramai, semua urusannya dipermudahan. Cashier berkenaan, seorang pemuda yang bernama Firdaus Fitri bukan sahaja sanggup mengambil risiko dengan mengambil pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak tanpa meminta wang terlebih dahulu, malah tindakannya memberi kepercayaan kepada pelanggan untuk meminjamkan motorsikalnya juga sangat dipuji.

Hanya ada debit card tanpa cash walau sesen

Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur utk memesan makanan. Queue agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu.

Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak-anak perempuan saya yang ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.

Bila tiba giliran saya, saya bertanya kepada cashier sama ada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Untuk call isteri atau anak-anak ketika itu tidak begitu appropriate kerana orang yang beratur agak ramai.

Cashier offer untuk bayarkan kalau pesanan untuk seorang

Anak muda cashier ini, Firdaus Fitri bertanya kepada saya “Pakcik nak order banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja”. Saya beritahu dia saya nak order untuk 9 orang.

Beri cadangan buat pesanan dulu. lepastu ambil duit di ATM

OK Pakcik…Pakcik order dulu…lepas tu boleh ambil duit kat ATM”. Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh untuk berjalan kaki.

Offer motorsikalnya memandangkan ATM agak jauh dari restoran berkenaan

“Pakcik boleh bawa motor tak?” tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. “Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor…ya”.

Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia.. Kalau dilatih mampu jadi seorang pengurus yang baik.

Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar untuk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak-anak bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran. Saya minta izin Firdaus Fitri untuk merakam foto beliau.

Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yang penting dia ada skill pengurusan yang baik dalam menyelesaikan masalah. Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang Pengurus yang baik. Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yang berkualiti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.