fbpx
Now Reading
Hukuman Penjara dan Denda RM100 Ribu Bakal Dikenakan Kepada Penjaja Lampu Isyarat di Terengganu

Hukuman Penjara dan Denda RM100 Ribu Bakal Dikenakan Kepada Penjaja Lampu Isyarat di Terengganu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti ada diantara ada yang perasan tentang lambakan penjaja-penjaja tepi jalan terutamanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di mana terdapat penjaja-penjaja yang menjual barangan mereka secara terus ke tingkap kereta.

Menurut portal Terengganu Today dan Sinar Harian  melaporkan, penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang tidak menghentikan aktiviti itu bakal berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir pada November lalu.

Tambah beliau lagi, pihaknya telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya.

Kata Wan Hapandi, operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Ahmad Farhan berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu penjaja jalanan.

“YPU sebelum ini telah menawarkan inisiatif-inisiatif berbentuk tawaran pinjaman kepada penjaja untuk membolehkan mereka terus berniaga dengan cara lebih baik.

“Kita juga sentiasa membuka ruang kepada penjaja dan berharapkan mereka memanfaatkan inisiatif yang disediakan kerajaan sebagai ganti terhadap perniagaan mereka,” katanya.

Isu berbangkit ini telah menerima pelbagai respon daripada netizen. Ada yang bersetuju hukuman dan denda patut dikenakan kepada penjaja-penjaja tersebut.

Namun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri tersebut. Mereka juga mencadangkan kerajaan untuk menyediakan tempat niaga untuk penjaja jalanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.