fbpx
Now Reading
Lelaki Dalam Video Tular Mencabul Kanak-Kanak di Tandas Surau Serah Diri di Balai Polis

Lelaki Dalam Video Tular Mencabul Kanak-Kanak di Tandas Surau Serah Diri di Balai Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/999Malaysia/status/1208576991286312960

Video kejadian seorang lelaki mencabul kanak-kanak di tandas surau yang berdurasi 1.39 minit itu tular di media sosial sejak semalam menimbulkan kemarahan netizen yang mengharapkan supaya suspek segera ditangkap.

Video perlakuan keji suspek berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani pada 13 Disember lalu.

Semalam, polis menahan seorang lelaki berhubung kes tersebut yang membabitkan kanak-kanak berusia 9 tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani.

Suspek berusia 31 tahun telah datang menyerah diri di Balai Polis Bedong pada jam 3 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritenden Shamsudin Mamat memaklumkan, suspek berjaya ditangkap anggota polis Bedong dan telah di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu polis telah melakukan dua serbuan ke atas rumah suspek di Bedong, bagaimanapun suspek tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak tersebar video viral perlakuannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang ketika itu mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan surau berkenaan.

Suspek bertindak memanggil mangsa ke tandas surau sebelum memeluk dan menyentuh kemaluan mangsa.

Susulan itu, mangsa bertindak memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

Ekoran itu bapa mangsa meminta bantuan pihak surau untuk memeriksa CCTV di surau terbabit.

Katanya, rakaman CCTV mendapati lelaki bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau sebelum memanggil dan mencabul mangsa.

Beliau berkata, mangsa meronta dan berjaya melepaskan diri dan suspek kelihatan segera meninggalkan tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.