Now Reading
Lagu Siti Nurhaliza Paling Banyak Dimuat Turun Selain Lagu Arina Grande dan Billie Eilish

Lagu Siti Nurhaliza Paling Banyak Dimuat Turun Selain Lagu Arina Grande dan Billie Eilish

Mesti antara anda tahu lagu-lagu penyanyi popular , Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada tahun ini contohnya Lagu Anta Permana, Lagu Terang dan Lagu Comel Pipi Merah.

Beliau baru-baru menzahirkan rasa syukur kerana peminat muzik masih mendengar dan memuat turun melalui platform penstriman lagunya.

Siti memberikan kenyataan itu selepas platform muzik dan hiburan popular, Joox mengumumkan senarai artis lelaki, wanita dan berkumpulan yang paling banyak menerima muat turun lagu sepanjang tahun ini.

Lebih membanggakan apabila nama penyanyi nombor satu negara itu berada dalam senarai tiga teratas bersama dua lagi artis antarabangsa lain iaitu Ariana Grande dan Billie Elish.

“Sebagai penyanyi memang memiliki album atau single adalah satu perkara yang akan dilakukan setiap tahun. Ia juga dapat membuatkan peminat mempunyai pilihan lagu lama dan baru daripada saya untuk didengar.

“Penguasaan muzik dan artis luar tidak dapat kita nafikan dari segi penerimaan dan pengaruhnya.

“Namun saya bersyukur kerana lagu dan artis tempatan masih dapat bersaing serta mempunyai peminat tersendiri,” katanya.

Siti turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua peminat muzik yang memuat turun lagunya daripada platform digital.

“Juga ucapan terima kasih kepada pihak Joox yang selalu membantu saya dan label setiap kali memiliki album atau single baru,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.