Apakah Yang Dimaksudkan Gerhana Matahari Cincin

Hari ini, khamis 26 Disember penduduk di Johor dan beberapa kawasan di Sarawak dijangka berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus atau nama lain nya Gerhana Matahari Cincin, satu fenomena gerhana yang kali terakhir berlaku di negara kita 21 tahun dahulu.

Bagi yang tidak mendalami atau meminati bidang astronomi, gerhana matahari cincin ini tidak ubah seperti gerhana matahari biasa tetapi buat peminat astronomi ini adalah sebaliknya

Turutan fenomena gerhana matahari cincin

Mereka perlu menunggu 20 tahun untuk fenomena ini dan momen yang paling dinantikan adalah sewaktu kemuncak gerhana ini dimana bayang-bayang (bulan) akan berada di tengah-tengah matahari dan lebihan dari saiz matahari ini membentuk lingkaran cahaya sama seperti cincin.

Apa yang menyebabkan terjadinya Gerhana Matahari Cincin

Diringkaskan sewaktu gerhana itu berlaku, dimana bulan matahari dan bumi berada pada kedudukan selari di dua tempat yang disebutkan itu. Namun faktor bulan yang berada agak jauh daripada Bumi, menyebabkan saiznya kelihatan sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari. 

Ini menyebabkan lebihan dari matahari yang tidak terlindung oleh bulan menampakkan dan menghasilkan sedikit cahayanya yang kelihatan seperti cincin

Gerhana matahari cincin

Namun hanya dua kawasan sahaja di negara yang dapat melihat bentuk seakan cincin ini iaitu di Tanjug Piai, Johor ( tempat rasmi pencerapan oleh Planetarium) dan Serian, Sarawak manakala tempat-tempat lain pula hanya akan diperlihatkan dengan gerhana separa iaitu matahari terlindung dan kelihatan seperti bulan sabit pada pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Dipetik dari Falak Online, laluan Gerhana Cincin ini difahamkan akan bermula dari benua Arab, kemudian memasuki benua Asia melalui selatan India, seterusnya  masuk ke Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina sebelum berakhir di lautan Pasifik.

Foto : Falak Online

Sempena fenomena ini, Bernama melaporkan Planetarium Negara dengan kerjasama Taman Negara Tanjung Piai ada menganjurkan  SolarFest Malaysia 2019 bermula 24 sehingga 26 Disember ini (hari ini)

Festival tersebut dengan sasaran 30,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran itu dijangka  disertai oleh ahli-ahli astrofizik dan selebriti tempatan, denagn kemuncak acara pada 26 Disember iaitu aktiviti mencerap Gerhana Matahari cincin menggunakan teleskop dan cermin mata yang akan disediakan oleh Planetarium Negara.

Recent Posts

  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 mins ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

20 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

35 mins ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

5 hours ago