fbpx
Now Reading
Hanya Follow Sesama Sendiri, Isa Khan dan Risteena Buang Semua Senarai ‘Following’ di Instagram

Hanya Follow Sesama Sendiri, Isa Khan dan Risteena Buang Semua Senarai ‘Following’ di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B4CvQEXJ0BF/

Sejak selamat bergelar tunangan, pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan memang benar-benar mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, mereka sering kali berkongsi momen-momen indah percintaan yang dikecapi sepanjang bersama untuk ditatap peminat di Instagram.

BACA : Risteena-bahagia-isa-khan-suap-makan-cucikan-kaki-dan-potong-kuku

Tidak terhenti di situ, terbaharu, pasangan berkenaan dilihat bertindak membuang akaun rakan-rakan yang ada dalam senarai ‘following’ mereka di Instagram sebelum ini.

Kedua-dua mereka kini hanya mengikuti diri pasangan masing-masing di Instagram.

Menerusi pemerhatian , akaun aktres filem Blok 404 itu, @nur_risteena yang mempunyai 1 juta pengikut sudah terpapar angka 1 di ruangan senarai ‘following’.

Perkara sama turut dilihat di akaun tunangannya, @theisakhan yang mempunyai lebih 192,000 pengikut itu kini hanya mengikuti akaun Instagram Risteena.

Sejak kebelakangan ini, kedua-dua mereka dilihat semakin terbuka berkongsi rutin bersama dan aksi romantik di Instagram.

Isa, 26, dan Risteena, 30, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember lalu.

Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.