fbpx
Now Reading
Pakai Bukan Suka-suka, Lelaki Ini Mahu Syarat Ini Dimansuhkan Oleh Majikan

Pakai Bukan Suka-suka, Lelaki Ini Mahu Syarat Ini Dimansuhkan Oleh Majikan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6XXejQhxSG/

Comic Fiesta 2019 di Kuala Lumpur yang berlangsung pada hujung minggu lalu mengumpulkan peminat komik, manga dan anime dari seluruh negara. Rata-rata yang menghadiri acara ini menyarungkan persalinan daripada siri komik yang mereka minati.

Namun, lain pula bagi seorang lelaki ini yang memakai ‘kostum’ sedikit lain dan ia meraih perhatian netizen terutamanya di Twitter. Gambar ini sudah pun meraih lebih 40,000 retweets di mana mesej yang dibawa lelaki ini sangat tepat dengan situasi yang berlaku pada hari ini.

Selepas membuat sedikit pencarian, individu berkenaan dikenali sebagai Shere Khan. Dalam temu bual bersama Shere, beliau berkata ia bukan sekadar troll tetapi lebih kepada menceritakan realiti pencari kerja sepertinya pada ketika ini.

Sign yang saya pakai tempoh hari bukan sekadar suka-suka. Saya cuma mahu berkongsi dengan orang ramai realiti sebenar pencari kerja seperti saya yang ramai tidak tahu. Jika anda tidak percaya, anda boleh buka mana-mana laman mencari kerja,” kata Shere.

“Disebabkan gambar saya ini sudah viral, harap mesejnya sampai. Kita pun sudah hampir tahun 2020. Saya kecewa diskriminasi seperti ini masih wujud. Sepatutnya seseorang individu itu dinilai berdasarkan merit, skil bekerja dan bakat; bukan hanya bergantung kepada warna kulit sahaja,” tambah Shere.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.