“Teringat masa di mekah. Syahdunya” – Kemerduan Hady Mirza Laung Azan Sentuh Hati Peminat

Nama Hady Mirza menjadi bualan selepas beliau dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bersama Naqiu Boboy.

Vokalnnya yang mantap dan merdu menjadi salah satu faktor kejuaraannya.

Tidak hairanlah apabila baru-baru ini, sepotong rakaman video Hady melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura tular di media sosial.

Malah, ada yang berkongsi semula rakaman video itu di platform YouTube dan meraih pujian ramai.


“Merdu mendayu suara azan ini. Saya sukakannya walaupun saya bukan muslim,” tulis Alex Matt.

“Sangat bagus, teringat masa di Makkah. Syahdunya! Syabas Hady, artis macam inilah yang kita inginkan,” tambah Nor Azman Mohd Zuki.

“Dalam ramai-ramai artis yang aku dengar laungkan azan, inilah yang paling jelas, paling dekat dengan yang kat radio. Memang terbaik,” sahut pengguna lain.

“Mantaplah. Azan gaya Madinah, suara merdu, lepas ni boleh jadi bilal pula Hady,” cadang Emry’s Ly.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan peminat setia Hady memohon orang ramai agar tidak terus mengaitkan kisah silamnya dengan kehidupan sekarang yang lebih baik.

“Janganlah dipertikaikan kisah silam Hady, kini dia dah mendapat hidayah dan berusaha menjadi orang yang terbaik dengan kehidupan yang lebih bersih,” tambah Puteri Murni Jaafar.

Menerusi video yang sama juga, ada antara pengguna yang mencadangkan agar suara Hady digunakan untuk takbir raya tahun 2020.

“Harapnya raya 2020 tolong rekodkan takbir raya dari Hady Mirza. Mesti merdu seperti azan ini,” tulis Safuan Zakuan.

Video laungan azan Hady yang dimuat naik sejak 9 November lalu itu telah ditonton oleh lebih 150,000 pengguna YouTube.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

14 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago