fbpx
Now Reading
Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Ke Syria Untuk Misi Kemanusiaan

Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Ke Syria Untuk Misi Kemanusiaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6nf5m4lJ7o/

Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana difahamkan telahpun meninggalkan Malaysia ke Tukri sebelum berlepas ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan.

Menerusi Instagram, Nadzmi memberitahu misi selama 20 anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim (YDKM) dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan

“Bismillah, doakan kami Malaysia -Turkey – Syria , Kita jalan dulu sekejap, lepastu terus sambung untuk misi kemanusiaan di Syria Selama 20 Hari

“Teruskan menyalur bantuan ke akaun YDKM. Kami sedia bersama saudara Syria kita, InsyaAllah” tulisnya sebagai kapsyen.

Dipetik dari Gempak, Nadzmi telah terpilih sebagai ikon kemanusiaan YDKM tahun lepas.

“Saya dipilih untuk menjadi ikon kemanusian Yayasan Dana Kebajikan bermula tahun lepas dan misi pertama saya adalah di Palu, Indonesia. 
 
“Untuk kali ini, kami akan bercuti di Turki dahulu sebelum dijemput oleh Yayasan Dana Kebajikan untuk masuk ke Syria. 

“Kami akan pergi bermula 27 Disember sehingga 18 Januari depan. Kami pergi tanpa dibayar, memang niat menyertai misi ini untuk meringankan beban mereka,” kata Nadzmi kepada Gempak.

Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa yang baru sahaja mengumukan kehamilan Ardell bebeberapa hari lalu, difahamkan kini di Turki bercuti beberapa hari sebelum memasuki Syria bersama ahli misi lain yang difahamkan akan tiba di Kota Istanbul pada 8 Jan 2020 .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.