fbpx
Now Reading
Kesan Cukai Digital 6%, Netflix Naik Harga Tahun 2020

Kesan Cukai Digital 6%, Netflix Naik Harga Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perhatian kepada kaki movie terutamanya yang sentiasa melayari Netflix setiap hari. Kini terdapat berubahan harga pada tahun hadapan, 2020.

Harga baharu ini hanya akan dikuatkuasakan pada 9 Januari, dengan angka tertinggi kenaikan adalah RM4 yang dilihat dalam pelan peringkat tertinggi

Antara harga yang ditawarkan oleh Netflix adalah pakej asas dengan harga baharu adalah RM35, manakala Standard pula akan dinaikkan RM2 menjadikan harga baharu RM45 dan terakhir sekali adalah RM55 bagi pakej Premium yang dahulunya ditawarkan pada harga RM51.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna telefon bimbit, Netflix akan mengekalkan harga yang sama iaitu RM17.

Ketua komunikasi syarikat untuk Asia Tenggara, Leigh Wong, berkata harga baru juga adalah kesan daripada cukai digital 6% kepada penyedia perkhidmatan asing.

Kesan daripada perang harga ini juga bakal memberi kesan kepada negara-negara lain termasuk jiran kita, Singapura yang bakal menghadapi nasib yang sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.