fbpx
Now Reading
Sos Cili Ditarik Balik Dikhuatiri Boleh Meletup

Sos Cili Ditarik Balik Dikhuatiri Boleh Meletup

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adalah satu perkara biasa dan wajib dilakukan bagi sesuatu produk makanan untuk di tarik balik oleh pengeluarnya sekiranya terdapat penemuan yang mengatakan makanan tersebut mampu memudaratkan pengguna seperti kesan racun, bakteria atau makanan tersebut didapati telah rosak sebelum tarikh luputny.

Namun agak memelikkan apabila sos cili berjenama Sriracha ditarik balik kerana ianya dikhuatiri boleh meletup.

Walaupun tidak begitu dikenali dan popular dinegara kita, jenama sos cili Sriracha bagaimanapun cukup digemari di beberapa negara lain seperti di Australia, New Zealand dan negara jiran Singapura,

Singapore Food Agency (SFA) baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan media mengarahkan semua jenama sos cili ini ditarik balik dari dalam pasaran faktor keselamatan.

Perkara sama turut dilakukan oleh pihak berwajib dari Australia dan New Zealand iaitu Food Standards Australia New Zealand (FSANZ).

Berdasarkan kenyataan agensi terbabit, sos cili yang berasal dari Amerika Syarikat itu didapati mempunyai risiko pembentukan asid laktik dalamnya yang mampu menghasilkan tekanan membuatkan botol tersebut menjadi kembung seterusnya meletup ketika pengguna membuka botol berkenaan.

Namun difahamkan hanya botol bersaiz 17oz dan 28oz dengan tarikh luput ‘Best Before Mar 2021’ sahaja didapati terjejas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.