Now Reading
Kisah Murid Darjah Satu Pimpin Ibu dan Ayah Buta Sewaktu Orientasi Undang Sebak Netizen

Kisah Murid Darjah Satu Pimpin Ibu dan Ayah Buta Sewaktu Orientasi Undang Sebak Netizen

Tinggal satu hari lagi untuk sesi persekolah tahun 2020 bermula, banyak sekolah sekitar Malaysia telah pun melakukan orientasi bagi pelajar darjah satu seawal bulan November lagi.

Yang pasti buat para pendidik , pasti banyak ragam dan karenah yang dapat mereka lihat semasa sesi orientasi dijalankan memandangkan ini adalah sesuatu yang perkara baru buat anak-anak tersebut.

Gambar sekadar hiasan Foto: Awani

Namun agak berlainan pula dengan apa yang dikongsikan oleh seorang guru, Nadwa Nassir di akaun Facebooknya sehingga kisah tersebut viral dan telah mendapat 12 ribu perkongsian.

Beliau yang terlibat dalam sesi orientasi pelajar darjah satu di sekolahnya bercerita mengenai seorang murid hebat yang hadir ke sekolah berkenaan semasa orientasi darjah satu dengan memimpin tangan kedua orang tuanya; kerana mereka berdua cacat penglihatan.

Tulis nombor handphone mak dan ayah sendiri

Sentap hari terakhir tahun 2019. Hari ni terima murid Tahun 1. Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020. Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil. Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun 1.

Hari pertama dia sendiri ke sekolah. Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah. Walau baru bertatih menulis. Walau nombornya terbalik. Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini.

Tunjuk persekitaran sekolah kepada ibu bapanya

Selesai orientasi. Dia pimpin mak ayah dia. Tunjuk kelas dia kat mana. Padang kat mana. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat. “Mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?” Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tapi si anak explain macam nampak-nampak je)

See Also

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat..Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020.

Undang Sebak Netizen

Kisah adik ini benar-benar mengundang sebak netizen, di jengah ke ruangan komen, ramai yang mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan anak ini bersama ibu bapanya. Ramai juga yang turut terinspirasi dengan memuji tindakannya dan keberaniannya apatah di umur itu sepatutnya dia yang harus dipimpin bukannya memimpin.

Anak yang hebat..

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.