
Banjir di Jakarta, Korban Meningkat 21 Orang
by Reena R
January 2, 2020
Angka korban banjir kilat dan tanah runtuh di ibu negara Indonesia meningkat kepada 21 orang.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia, Joko Hariyanto mengesahkan angka berkenaan ketika dihubungi Reuters
Bencana terburuk dalam tempoh beberapa tahun itu menyaksikan 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Ia menyebabkan huru-hara di bandar terbesar Asia Tenggara itu apabila perkhidmatan pengangkutan kereta api tergendala dan gangguan bekalan elektrik terputus.
Sementara itu, Kompas melaporkan sebahagian wilayah Jabodetabek masih ditenggelami air, hari ini.
Jakarta dan kawasan sekitarnya menempatkan kira-kira 30 juta penduduk.