fbpx
Now Reading
“Kalau Orang Terhormat Sendiri Tak Nak Guna Kereta Nasional, Macam Mana Kita Nak ..” – Bront Palarae

“Kalau Orang Terhormat Sendiri Tak Nak Guna Kereta Nasional, Macam Mana Kita Nak ..” – Bront Palarae

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal yang semakin dikenali di Indonesia, Bront Palarae baru-baru ini menerusi Twitternya membangkitkan persoalan mengenai rancangan kerajan untuk menggunakan kenderaan mewah dari Jepun untuk kegunaan menteri-menteri kabinet dan juga pegawai tinggi kerajan.

Pada Bront perkara ini hanya akan memberi kesan yang tidak baik dimana masyarakat luar akan merasa tidak yakin untuk membeli kereta buatan Malaysia memandangkan pihak atasan sendiri tidak menggunakannya.

“Kalau orang-orang terhormat kita sendiri tak nak guna kereta nasional, jadi macam mana kita nak meyakinkan orang luar untuk membeli.

“Jika ini dilakukan untuk menguatkan hubungan diplomatik, bermakna ratusan kereta jenis Perodua juga perlu digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan Jepun,” tulisnya di Twitter.

Perkongsian aktor berkenaan mendapat perhatian netizen malah ramai memberi sokongan dan bersetuju dengan pandangannya itu.

Terdahulu, portal-portal berita tempatan melaporkan kerajaan sedang dalam proses untuk melantik sebuah syarikat bagi membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan berikutan kontrak pembekal asal iaitu Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan tamat hujung tahun 2019.

Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Lim Guan Eng, bagaimanapun berkata, kerajaan menerusi mesyuarat kabinet masih belum membuat keputusan berhubung pemberian kontrak kenderaan mewah itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.