fbpx
Now Reading
Malaysia Airlines Tawar Tambang Diskaun 2020 Bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan

Malaysia Airlines Tawar Tambang Diskaun 2020 Bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jualan tahun baharu Malaysia Airlines telah pun bermula semalam, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.

Tawaran sempena tahun baru ini akan berlangsung sehingga 20 Januari 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020.

Antara tawaran menarik yang di tawarkan adalah tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula dari RM89, Kuching dari RM129, Kota Kinabalu dari RM179, Phuket dari RM219, Jakarta dari RM229 dan Bangkok dari RM259.

Buat mereka yang ingin terbang jauh pula jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan harga menarik antara detinasi seperti ke India, China, Korea dan Australia,UK dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai dari harga RM899, Kochi dari RM699, Shanghai dari RM1,199, Seoul dari RM1,399, Brisbane dari RM1,599, London dari RM2,899 dan Auckland dari RM2,999.

Selain dari itu, Malaysia Airlines turut menawarkan tawaran nilai ‘bundle’ hebat kepada pelanggan iaitu dengan diskaun 20 peratus. Menerusi nilai ‘bundle ini’, penumpang layak mendapat tambahan 10kg bagasi dengan kerusi standard.

Untuk pakej premium pula, penumpang layak mengakses KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.

Menrutu Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May. Tawaran itu adalah salah satu langkah untuk menarik pelancong melawat Malaysia. Menikmati layanan kelas pertama serta budaya unik selain menerokai keindahan Malaysia daripada setiap sudut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.