
“Air Zam-Zam Tidak Dibenarkan Dijual Di Malaysia” – Kementerian Kesihatan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Antara rutin biasa bagi mereka yang pulang dari mengerjakan haji atau umrah dari Tanah suci Makkah adalah membawa pulang sebotol air Zam-zam, air bawah tanah yang terdapat pada telaga air zam zam, di dalam kawasan Masjidil Haram.
Yelah bukan senang nak dapat air yang kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, magnesium dan florida ini di tempat kita kan? Kalau ada pun, harganya pasti melambung tinggi.

Namun tahukah anda, air zam-zam sebenarnya tidak boleh di jual di negara kita?
Kementerian Kesihatan menerusi platform media sosial mereka melarang penjualan air zam-zam kerana air ini dikategorikandi bawah air mineral semulajadi
Air Zam Zam TIDAK DIBENARKAN dijual di Malaysia.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 5, 2020
Kenapa? Air Zam Zam dikategorikan sbg air mineral semula jadi (AMS).
Penjualan AMS wajib mendapat lesen drpd KKM mengikut Peraturan 360A, Peraturan2 Makanan 1985.
Tiada lesen dikeluarkan KKM bagi penjualan Air Zam Zam. pic.twitter.com/ipW17L8qeX
Penjualan Air mineral semulajadi (AMS) memerlukan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Bagaimanapun, KKM tidak mengeluarkan lesen bagi penjualan air zam-zam. Justeru, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya ada mana-mana individu atau agensi yang didapati menjual air zam-zam ini di Malaysia.
Kesalahan menjual, mengimport atau mengedarkan air zam-zam boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Dipetik dari kenyataan KKM, pada tahun 2015 dan 2017 isu penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna pernah tular di dalam media.
Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.