fbpx
Now Reading
“Alhamdullilah, I will never forget this moment” – Lisa Surihani Kongsi Detik Selepas Buat Pembedahan Mata

“Alhamdullilah, I will never forget this moment” – Lisa Surihani Kongsi Detik Selepas Buat Pembedahan Mata

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B65UqKoHAKB/https://www.instagram.com/p/B65j61_nvzY/

Sesiapa yang mengalami masalah penglihatan rabun semestinya mengidamkan pandangan yang jelas kembali seperti sedia kala.

Pelakon dan pengacara Lisa Surihani tidak dapat menahan sebaknya apabila selesai menjalani rawatan bagi memulihkan penglihatannya yang rabun.
 
Menerusi laman sosial Instagram, Lisa berkongsi momen-momen sewaktu menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

“Secara jujurnya saya tidak sangka prosedur ini hanya mengambil masa kurang lima minit. Saya gementar tetapi ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof yang sangat menenangkan. 

“Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua,” ujar Lisa menerusi video yang dimuat naik. 

Mula memakai cermin mata dan kanta lekap semenjak kecil, Lisa yang ditemani ibunya dilihat menangis memeluk Prof Muhaya apabila selesai melakukan prosedur.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.