fbpx
Now Reading
Usulkan Empat Hari Bekerja Seminggu, Perdana Menteri Finland Mahu Rakyat Luang Masa Bersama Keluarga

Usulkan Empat Hari Bekerja Seminggu, Perdana Menteri Finland Mahu Rakyat Luang Masa Bersama Keluarga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Finland yang baru, Sanna Marin kini memperkenalkan rancangannya untuk meningkatkan produktiviti rakyat di negara itu. Beliau mengusulkan jadual waktu kerja yang lebih fleksibel melibatkan empat hari bekerja dalam seminggu dan enam jam waktu bekerja sehari.

Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana beberapa negara turut mengambil pendekatan yang sama dengan memendekkan waktu bekerja untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Sebelum ini, syarikat Microsoft di Jepun memperkenalkan waktu kerja empat hari dan hasilnya produktiviti meningkat sehingga 40%.

Semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan Finland lagi, beliau sudah mengusulkan waktu bekerja dipendekkan dan kini rancangannya disambut baik oleh Menteri Pendidikan Finland iaitu Li Andersson.

Saya percaya kita semua berhak untuk meluangkan masa dengan keluarga, orang yang tersayang, hobi dan aspek lain dalam kehidupan. Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja.

Pada tahun 2015, Sweden juga pernah mencuba pendekatan yang sama. Impaknya ialah pekerja lebih gembira, menambahkan pendapatan dan meningkatkan produktiviti.

Bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti pekerja tetapi terdapat beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan kesan positif daripada usulan ini. Waktu bekerja yang pendek juga dapat membantu mengurangkan pengeluaran karbon.

Ini kerana rakyat memiliki masa yang lebih untuk masak di rumah dan tidak bergantung untuk membeli makanan yang kemudian menyumbang kepada pembuangan plastik. Walaupun waktu bekerja yang pendek terbukti memberikan kesan yang positif, beberapa pihak tidak bersetuju dengan usulan ini kerana bimbang memberi kerugian kepada syarikat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.