fbpx
Now Reading
“Kalau Nak Mati, Matilah Seorang… Jangan Libatkan Nyawa Anak” – Fedtri Yahya Sekolahkan Golongan Anti Vaksin

“Kalau Nak Mati, Matilah Seorang… Jangan Libatkan Nyawa Anak” – Fedtri Yahya Sekolahkan Golongan Anti Vaksin

Kecoh media sosial baru-baru ini apabila viralnya kisah seorang ibu yang baru bersalin yang dikatakan tidak membenarkan doktor untuk memberikan vaksin dan sebarang antibiotik untuk bayinya.

Isu berkenaan mengundang kemarahan masyarakat yang rata-ratanya menganggap ibu muda terbabit terlalu mementingkan dirinya sedangkan anak yang baru dilahirkannya itu sedang menghidap demam kuning.

Kini ini turut mendapat perhatian pengacara dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya yang turut mengeluarkan pendapatnya .

“Terjumpa perkongsian ni. Kasihan pada petugas perubatan. Sudahlah kerja banyak, nak melayan golongan degil macam ni lagi.

“Kalau nak mati, matilah sorang… jangan libatkan nyawa anak. Jangan jual nama agama untuk perjuangkan kejahilan diri,” tulis Fedtri di Instagramnya

Fedtri dalam masa sama turut berkongsi pengalamannya berhadapan dengan golongan anti-vaksin ini.

“Jangan guna nama agama untuk perjuangkan kejahilan diri

See Also

Macam lelaki yang jumpa hari tu. Isteri sarat. Tak pernah check up. Cukup makanan sunnah dan yakin bantuan Allah saja katanya.

“Salah faham konsep ilmu, tawakkal dan redha. Perubatan juga ilmu Allah makcik pakcik antivaksin oiii. Duduk negara Arab lama. Balik-balik, anak asyik sakit je. Tak halalkan ubat moden ke tubuh anak-anak. Neneknya pun pening,” tulis Fedtri mengakhiri penulisannya

Di jengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Fedtri malah ramai turut sama mengecam golongan ibu bapa yang enggan memberikan vaksin kepada bayi mereka.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.