Menjadi perbualan hangat sejak malam tadi apabila Nur Sajat, usahawan kosmetik dan emas memuat naik foto bahagian tangannya yang lebam tular di laman sosial Instagram (IG).
Sajat sebelum itu telah memuat naik beberapa posting mendakwa telah dipukul seseorang sebelum memadamnya tidak lama kemudian.
Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila Sajat turut memuat naik beberapa kenyataan di ruangan IG Story dan memberitahu seluruh badannya lebam-lebam.
Pemilik Nur Sajat Gold itu turut meninggalkan posting ditujukan kepada individu yang memukulnya dan memberi gambaran kejadian tersebut (dipukul) bukan pertama kali.
“Semuanya dah berubah, kau masih macam tu…Kau pukul aku lagi! Cukuplah setakat ini,” tulisnya.
Posting Sajat itu kemudiannya dikaitkan dengan jurulatih kesihatan yang dikenali sebagai Coach Yin kerana pada masa sama, lelaki tersebut turut memuat naik foto di IG.
Menerusi ruangan kapsyen pada foto tersebut Coach Yin meluahkan rasa kesal terhadap seseorang yang curang, selain membuat kenyataan berkaitan kejadian pukul di IG Story.
Katanya, orang lain tidak akan bertindak memukul tanpa sebab dan kesabaran ada batasannya.
Bagaimanapun, ada di antara warga net yang mengikuti perkembangan Sajat dan Coach Yin mendakwa ia hanyalah drama yang dicipta mereka.
Ini kerana,sebelum itu, ibu kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, bonda Rozita telah memuat naik video Sajat terjatuh dari tangga ketika sedang bercuti di Belanda.
Apa-apa pun, husnudzon sahajalah ya. Namun jika benar Sajat dipukul buatlah laporan polis atau akan terus dianggap sandiwara untuk meraih perhatian warga net.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…
Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…