fbpx
Now Reading
Ini Tanda -Tanda Influenza A Dan Cara Mencegahnya

Ini Tanda -Tanda Influenza A Dan Cara Mencegahnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156638851851237/?type=3

Heboh di media sosial tentang kebimbangan orang ramai mengenai penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penyebaran berita palsu yang mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China yang sebenarnya langsung tidak terkait sama sekali.

Bagi anda yang tidak tahu, influenza adalah penyakit yang seakan selsema yang menyerang hidung, tekak dan paru-paru disebabkan jangkitan oleh virus influenza.

Virus ini mudah berjangkit sama ada melalui titisan salur pernafasan yang biasanya dilepaskan oleh penghidapnya melalui batuk atau bersin.

Walapun virus influenza hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi ianya boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi sehingga menyebabkan kematian.

Golongan yang berisiko tinggi adalah :

  1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
  2. Warga emas berusia 65 tahunke atas
  3. Wanita hamil
  4. Kakitangan penjagaan kesihatan
  5. Penghidap penyakit kronik seperti diabetes dan asma
  6. Mereka yang ingin melancong

Jadi anda berasa tidak sehat di musim sebegini , apa kata semak jika anda mempunyai simptom dibawah yang kebiasanya petanda ada dijangkit influenza

  1. Demam panas
  2. Batuk
  3. Muntah
  4. Cirit-birit
  5. Sakit kepala yang teruk
  6. Kesukaran bernafas
  7. Badan terasa lesu

Sekiranya anda atau keluarga mengalami simptom-simptom diatas, anda dinasihatkan untuk segera ke klinik atau hospital terdekat untuk menjalani saringan influenza dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Panduan sekiranya dijangkiti influenza oleh Kementerian Kesihatan

Langkah pencegahan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.