fbpx
Now Reading
PM Kanada Dakwa Iran Tembak Jatuh Pesawat Ukraine International Airlines

PM Kanada Dakwa Iran Tembak Jatuh Pesawat Ukraine International Airlines

Pesawat milik syarikat penerbangan Ukraine yang terhempas di barat daya Tehran dan membunuh semua 176 penumpang serta kru beberapa hari lalu masih menjadi tanda tanya.

Laporan awal dari agensi kerajaan dan berita tempatan mengatakan bahawa masalah teknikal adalah punca kapal berkenaan membawa penumpang warga Iran seramai 82 orang, 63 Kanada, 11 Ukraine, 10 Sweden, empat Afghanistan, tiga rakyat Jerman dan tiga dari Britain. terhempas.

Terbaru, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam satu kenyataannya berkata, beberapa sumber risikan menunjukkan Iran menembak jatuh pesawat Ukraine selepas ia berlepas dari Teheran, menyebabkan 176 penumpang dan anak kapal termasuk 63 warga Kanada, maut.

Perdana Menteri Kanada itu berkata sedemikian susulan imej dimuat naik di media sosial semakin kuat menunjukkan nahas itu berlaku akibat kesilapan pertahanan udara Teheran hingga menyebabkan pesawat PS752 Ukraine International Airlines terbakar.

Trudeau yang memetik maklumat daripada sekutu dan risikan negaranya sendiri, berkata pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu permukaan ke udara (SAM).

“Kita tahu ini mungkin tidak sengaja. Rakyat Kanada ada persoalan dan mereka berhak mendapat jawapan,” kata Trudeau.

Penerbangan PS752 terhempas hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang Teheran, tanpa mesej daripada juruterbang jika berdepan masalah, menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Iran.

See Also

Menteri Pengangkutan Iran, Mohammad Eslami semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pesawat malang itu ditembak jatuh peluru berpandu Iran.

Katanya, siasatan awal mendapati nahas disebabkan kegagalan teknikal sebelum ia terhempas berhampiran kawasan Parand, sebuah bandar di wilayah Robat Karim.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan menyasarkan kem yang menempatkan tentera Amerika Syarikat di Iraq

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.