fbpx
Now Reading
WhatsApp Bakal Sekat Berjuta Pengguna Telefon Mulai Februari Depan

WhatsApp Bakal Sekat Berjuta Pengguna Telefon Mulai Februari Depan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Whatsapp boleh dikategorikan sebagai aplikasi ‘wajib ada’ buat semua orang yang memiliki telefon pintar. Bukan sahaja boleh digunakan pada peranti jenis IOS dan Android malahan ia juga boleh diakses menggunakan PC/Mac menerusi Whatsappp Web

Sebelum ini, disekitar penghujung lalu, aplikasi milik Facebook ini telah berhenti menyokong peranti yang menggunakan sistem operasi Windows.

Terbaru, WhatsApp dalam satu kenyataannya berkata, bermula 1 Februari sesiapa yang menggunakan telefon bimbit versi lama tidak lagi dapat mengakses aplikasi berkenaan.

Difahamkan telefon yang terlibat adalah telefon model iPhone yang masih menggunakan perisian iOS7 dan telefon pintar yang menggunakan versi 2.3.7 (Gingerbread) bagi Android.

Menurut mereka, sekatan itu dilakukan kerana mahu fokus pembangunan dan memperbaiki fungsi serta ciri-ciri keselamatan aplikasi WhatsApp pada telefon terkini.

WhatsApp hanya boleh beroperasi pada peranti yang menggunakan sistem Android 4.03 ke atas dan telefon pintar iPhone menggunakan iOS9 sahaja.

Model telefon lain yang telah pun disekat daripada menggunakan aplikasi WhatsApp sebelum ini :

June 30, 2017 – Nokia Symbian S60

December 31, 2017 – BlackBerry OS and BlackBerry 10

December 31, 2018 – Nokia S40

December 31, 2019 – Windows Mobile

February 1, 2020 – iOS 7 and Android 2.3.7

Masih ada di kalangan anda yang menggunakan phone jenis ini?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.