fbpx
Now Reading
Cawangan A&W Petaling Jaya Akhirnya Bakal Ditutup Selepas 55 Tahun

Cawangan A&W Petaling Jaya Akhirnya Bakal Ditutup Selepas 55 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin sebelum ini anda ada baca berita mengenai cawangan A&W di Petaling Jaya akan ditutup kerana kurang mendapat sambutan daripa pelanggan. Namun, cawangan tersebut berjaya berdiri semula dengan sokongan pelanggan yang mula menggemari rangkaian kedai makan yang ikonik ini.

Kehadiran orang ramai sekaligus memberi sinar harapan buat A&W Malaysia sebelum diambil alih oleh syarikat pengurusan yang lain bagi mengembalikan zaman kegemilangan rangkaian kedai makan ini seperti suatu ketika dahulu.

Walau bagaimanapun, meskipun kini A&W Malaysia mulai kembali mendapat tempat di hati pengguna Malaysia, A&W Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan mereka sukacitanya bakal menutup cawangan ikonik mereka di Petaling Jaya.

Difahamkan penutupan cawangan ini adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan. Untuk pengetahuan, tanah yang menjadi milik Inter Mark Resources Sdn Bhd ini sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum diambil semula.

Cawangan berusia 55 tahun ini merupakan cawangan kedua A&W Malaysia dan merupakan cawangan pertama dengan kemudahan pandu lalu. Dalam pada itu, dilaporkan pihak A&W Malaysia sedia untuk membuka lebih 20 cawangan A&W seluruh Malaysia pada tahun ini.

Masihkah anda masa untuk anda melawat cawangan A&W Malaysia di Petaling buat kali terakhir? Sudah tentu memandangkan cawangan ini bakal dibuka buat enam hingga lapan bulan terakhir ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.