fbpx
Now Reading
“Emo tak agak-agak” – Fizo Omar Kehilangan Lebih 5,000 Followers Kerana Drama

“Emo tak agak-agak” – Fizo Omar Kehilangan Lebih 5,000 Followers Kerana Drama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7NaUaeAAv9/https://www.instagram.com/p/B7LjnT7Hnwv/

Gara-gara terlalu emosi dengan drama, Fizo Omar telah kehilangan 5,000 pengikut di Instagram (IG) gara-gara penangan drama lakonannya, Adellea Sofea bersama aktres jelita, Mira Filzah.

Menurut Fizo, disebabkan watak dalam lakonan tersebut, dirinya telah dibenci dalam kalangan peminat.

“Penangan Ikram! Lebih 5,000 unfollow aku dekat Instagram bro!! Hahaha.. Tuan director @budakijat gelakkan aku siot!

“Ni abang punya pasallah…Hahaha by the way terima kasih sangat @budakijat yang menjahatkan Ikram dan mengasah aku dekat set. Terima kasih sangat abang. 

“Yang dah unfollow tu jangan emo sangat yea, nanti dah habis #adelleasofea ni korang follow aku balik yea hahahaha.

“Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat Sofea!” tulis Fizo.

Dalam pada itu, pengarah drama Adellea Sofea, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi kejadian tersebut di akaun miliknya.

Kata Ezad, selalunya pengikut akan bertambah sekiranya drama tersebut berjaya mencuri perhatian penonton namun perkara sebaliknya yang berlaku pada Fizo.

“Hahahaha. Nasib kau la Fizo. Orang lain berlakon drama meletop beribu-ribu follower masyuk.

“Kau pulak beribu ribu peminat unfollow sebab benci. Kahkahkahkah. Yang follower pun alahai emo tak hagak hagak,” tulisnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.