fbpx
Now Reading
Kawan Ibu Tampil Menjawab Tohmahan Netizen Selepas Kisah Kesempitan Hidup Puteri Balqis Viral

Kawan Ibu Tampil Menjawab Tohmahan Netizen Selepas Kisah Kesempitan Hidup Puteri Balqis Viral

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

http://www.facebook.com/hanna.azlan/posts/3298122366871445

Masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan kisah pelakon cilik Puteri Balqis yang pernah mencipta nama sebagai pelakon hebat suata ketika dulu.

Difahamkan Puteri Balqis mengalami kesempitan hidup sehingga terpaksa mengikat perut dan terpaksa turun kejalanan untuk menjual buku demi mencari sesuap nasi.

Kisah tersebut yang pada mulanya disiarkan program Bersamamu menimbulkan rasa simpati netizen terhadap pelakon cilik berkenaan dan ibunya. Namun agak menyedihkan kerana dalam masa sama pelbagai tohmahan turut dilemparkan kepada aktres tersebut.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang mempertikaikan peranan ibu bapa Puteri Balqis yang kononnya tidak menjaga kebajikan anak mereka malah ada yang mendakwa pelakon cilik itu tidak lagi bersekolah dan menuduh kedua ibu bapanya mengabaikan masa depan kanak-kanak tersebut.

Satu demi satu tohmanan dilemparkan sehinggalah seorang wanita dikenali sebagai Lola tampil menceritakan perkara sebenar.

Lola yang mendakwa dia merupakan sahabat kepada ibu Puteri Balqis menerusi posting di Facebook meluahkan rasa kesalnya kerana ada pihak yang sanggup melemparkan kata-kata negatif dan menyalahkan orang lain tanpa menyelidik terlebih dahulu.

“Ada yang marah-marah kenapa Aqish (panggilan manja Puteri Balqis) tak sekolah? Habis macam mana masa depan dia? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk ditanya.

“Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support.

 Sedih sangat. Tahu nak blame je. Tak kurang juga ada yang whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa as a parents tak jaga kebajikan Aqish,” luahnya.

Lola turut berkata, sebagai sahabat dia telah cuba yang terbaik untuk membantu keluarga Puteri Balqis.

“Lola sebagai kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong dorang terutama Aqish. Sebelum ni mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan.

Dorang pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, dorang pun ada maruah juga.

“Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitahu tak ada duit nak makan selama beberapa hari sebab segan asyik minta tolong.

“Sampai bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab tak ada duit nak beli makanan.

“Bukan kerana mak dia tak nak kerja, tetapi tak nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu,” katanya.

Tambah wanita itu lagi, ibu Puteri Balqis pernah menghubungi dia selepas terjumpa buku nota pelakon tersebut yang penuh dengan quotes.

“Mak Aqish send gambar-gambar quotes tu di whatsapp dan tulisan Aqish sangat sedih dan deep. Dari situ timbul idea untuk membukukannya.

Since dorang memang tak ada duit, jadi Lola keluarkan modal untuk dorang, keuntungan memang sepenuhnya untuk dorang,” jelasnya.

Since kami jual secara Online di IG Aqish @ROCKINGBALQIS dan IG Planner.Ana.Official serta di Shopee, tiada sambutan.

“Semangat Aqish kembali down. Tapi Alhamdulillah pada bulan pertama jualan, dorang dapat bayar beberapa hutang dan bil penting.

“Ketika saya sedang buat buku Planner 2020, Aqish hantar lagi quotes motivasi dan terhasillah Planner 2020 No Regrets.

“Aqish beri idea untuk menjual buku dan planner satu set dan mereka kembali bersemangat…Pergi Kuala Lumpur, jual buku tepi jalan,” ujarnya.

Ikuti temual ibu anak ini bersama MHI

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.