fbpx
Now Reading
Buat Pertama Kali, PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Bayar Secara Dalam Talian Mulai 18 Januari Ini

Buat Pertama Kali, PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Bayar Secara Dalam Talian Mulai 18 Januari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik untuk mereka yang mempunyai saman tertunggak, anda boleh bayar saman dengan lebih murah kerana Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50% bagi pembayaran saman trafik secara dalam talian bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50%. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.

Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Azisman turut memaklumkan kadar kemalangan maut pada tahun 2019 dilaporkan turun sebanyak 1.8%, dengan sejumlah 5,763 kes berbanding 5,870 kes pada tahun 2018.

“Ini merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT yang kami berjaya turunkan sebanyak 107 jumlah kemalangan maut, atau 1.8 peratus. Walaupun jumlah kecil tapi ini KPI kita, dan kami berharap jumlah ini semakin berkurang setiap tahun,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.