fbpx
Now Reading
Hasrat Tak Sampai.. Upin Ipin Gagal Ke Oscar

Hasrat Tak Sampai.. Upin Ipin Gagal Ke Oscar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasrat peminat aminasi dan perfileman Malaysia untuk melihat karya animasi terbitan Les Copaque iaitu Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal tercalon pada Oscars ke-92 tidak kesampaian apabila filem berkenaan gagal tersenarai dalam pencalonan akhir.

Bersaing dalam kategori Filem Animasi Rencana Terbaik, Upin dan Ipin: Keris Siamang terpaksa akur dengan lima filem animasi hebat iaitu : Animasi How To Train Your Dragon: The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link dan Toy Story 4.
 
Dipetik dari portal Awani, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Burhanuddin Md Radzi mengakui, keputusan itu sebenarnya sudah dijangkakan pihaknya namun mereka masih berbangga kerana tersenarai dalam pencalonan awal.

“Sebenarnya pihak kami sudah menjangkakan keputusan ini, tetapi kami tetap bangga disenaraikan dalam pencalonan awal.

“Bukan mudah untuk bersaing dengan 31 pilihan lain, kita semua tahu anugerah ini kalau boleh semua orang nak bertanding.

“Apa yang lebih menyukarkan, pemilihan adalah mengikut sistem pengundian yang melibatkan pengundian daripada 300 juri,” katanya.

Sebagai rekod, pengumuman senarai calon Anugerah Oscars dibuat menerusi laman web dan saluran YouTube Oscars sekitar jam 9 malam semalam.
 
Anugerah Oscars pula bakal berlangsung pada 9 Februari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.