fbpx
Now Reading
“Ini Rumah Untuk Mak! ” – Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Ayah Hasil Titik Peluh Selama 12 Tahun

“Ini Rumah Untuk Mak! ” – Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Ayah Hasil Titik Peluh Selama 12 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7REOGpHNzm/

Setiap anak pasti mahu membahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih ada. Begitu juga dengan pelakon Syafie Naswip yang membuat kejutan kepada ibu bapanya dengan menghadiahkan sebuah rumah untuk mereka.

Menerusi entri di Instagram, Syafie memuat naik klip video video sewaktu membuat kejutan buat ibunya Noorsiah Ahmad kepada umum.

Ini rumah untuk mak! Hari ini saya buat kejutan untuk emak saya, selama dua tahun simpan rahsia ini dan akhirnya terbongkar juga.

“Reaksi dia pun nampak gembira dan saya lagi gembira! Inilah hasil titik peluh kerja selama 12 tahun dan ini hadiah untuk dia,” katanya.

Menerusi video terbabit, Syafie bersama ahli keluarganya yang lain menyambut kedatangan ibunya yang dilihat bagai tidak percaya dengan kejutan tersebut.

Keadaan juga menjadi hiba apabila Syafie hampir menitiskan air mata apabila memeluk ibunya yang masih dalam keadaan terkejut.

“Terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah.

“Walaupun selepas 4 tahun, rumah ini masih belum siap sepenuhnya. Aku terharu dan bersyukur.

“Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak dan ayahnya tersenyum.

“Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini dan aku harap Allah permudahkan segalanya,” tulis Syafie lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.