fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak OKU Disyaki Dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

Kanak-Kanak OKU Disyaki Dijangkiti Influenza A Meninggal Dunia

Kecoh di media sosial tentang kebimbangan orang ramai mengenai penularan wabak Influenza A di Malaysia malah beberapa negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang telah mencatatkan kenaikan mendadak mereka yang dijangkiti wabak ini.

Terbaru, seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dari kawasan Subang Jaya, Selangor yang disyaki dijangkiti Influenza A selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu meninggal dunia semalam.

Adik Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12 tahun pada mulanya disangkakan hanya mengalaami demam biasa oleh ibunya Nek Mudzlifah Abdul Kahar,

“Awalnya saya bawa ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat), tapi doktor maklumkan dia hanya alami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celsius.

“Kemudian kami bawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia alami sawan dan ketika itu barulah doktor maklumkan dia alami Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan,” katanya.

Dia dan suami telahpun mengambil langkah awal, namun kini hanya reda dengan ketentuan takdir.

See Also

“Saya tak pasti macam mana dia terkena jangkitan cuma sebelum ini suami ada alami demam, namun sihat seperti sedia kala selepas mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar.

“Pesanan saya, jika anak-anak demam lakukan pemeriksaan lanjut. Pihak klinik boleh ambil inisiatif, syorkan kepada pesakit buat ujian darah supaya wabak itu dapat dicegah awal kerana sekarang memang musim Influenza A,” katanya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.