Sanggup Curi Kereta Demi Tunai Hasrat Isteri Mengidam
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sanggup mencuri kereta demi isteri yang mengidam ingin memiliki Honda Jazz, seorang lelaki di Indonesia bernama Adityo Purnomo ditangkap di sebuah kedai makan di Kota Semarang Indonesia.
BACA : malaysia-airlines-tunai-hajat-ibu-mengandung-mengidam
Apabila ditanya apa sebab dia mencuri kereta tersebut, lelaki itu memberitahu isterinya sudah lama mengidamkan kereta Honda Jazz.
Menurutnya, kisah bermula apabila ketika sedang makan bersama isterinya dia ternampak kunci kereta Honda Jazz milik pelanggan lain yang ditinggalkan di atas meja dan pemiliknya pergi tandas.
Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus mengambil kunci kereta itu dan meninggalkan isterinya untuk membawa kereta tersebut. Ujarnya lagi, kemudian dia menghubungi isterinya untuk memandu kereta mereka ke satu lokasi.
Lelaki itu memberitahu perkara itu dilakukan secara spontan dan isterinya tidak tahu menahu mengenai tindakannya itu.
Difahamkan, lelaki tersebut bersama isterinya sedang bercuti ke Semarang dan berjaya ditahan ketika pasangan itu sedang meronda-ronda di sekitar Bubakan. Lelaki itu membawa kereta tersebut dengan santai sebelum diberhentikan oleh pihak polis.