fbpx
Now Reading
Finas Akan Bantu Puteri Balqis – Hans Isaac

Finas Akan Bantu Puteri Balqis – Hans Isaac

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7UebtSAwZA/?utm_source=ig_embed

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac memberitahu pihaknya akan memberikan bantuan sewajarnya kepada pelakon cilik, Puteri Balqis yang kini dilaporkan mengalami kesempitan hidup.

Hans berkata, dia sudah mengarahkan kakitangan Finas untuk mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan segala bantuan dapat disalurkan bagi meringakan beban pelakon tersebut.

“Selepas banyak orang tag saya di media sosial, saya sudah meminta kakitangan Finas untuk memberikan perhatian kepada kes Puteri Balqis ini.

“Suka untuk saya maklumkan bahawa kami kini sedang berusaha untuk memberikan bantuan yang sewajarnya. (Sebagai sebuah agensi, kami memerlukan kelulusan dengan menyediakan dokumen berkaitan yang diperlukan sebelum memberikan bantuan kepada mana-mana individu),” tulisnya.

Hans berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Katanya lagi, sebarang bentuk bantuan kewangan akan disalurkan terus kepada badan yang sepatutnya bagi tujuan pendidikan dan bayaran perubatan.

Dalam pada itu, ujarnya, dia juga sudah berbincang dengan pihak media tempatan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Balqis.

Terdahulu, kisah penderitaan pelakon cilik tersebut menjadi tular selepas kisah penderitaan kehidupannya disiarkan sebuah program televisyen tempatan.

BACA :Puteri-minta-jangan-dipersoalkan-tentang-ibu-puteri-surat-terbuka-puteri-balqis-untuk-nabila-huda-dan-netizen



Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin ke-18 itu dikatakan terpaksa mengikat perut dan menjual buku di jalanan bagi meneruskan hidup.

Ekoran pendedahan itu, pelbagai respons yang diterima termasuklah ada pihak yang membuat pelbagai spekulasi yang mengecam peranan ibu bapanya.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.