fbpx
Now Reading
Patung Lilin Lee Lee Chong Wei Bakal Dipamerkan Di Madame Tussauds Hong Kong

Patung Lilin Lee Lee Chong Wei Bakal Dipamerkan Di Madame Tussauds Hong Kong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Lee Chong Wei bakal mencipta sejarah dunia sukan Malaysia apabila menjadi atlet pertama dari Malaysia yang bakal diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong.

“Saya tidak pernah membayangkan bakal ada patung lilin mirip saya sendiri!” tulis Chong Wei dalam laman Facebook miliknya.

“Terima kasih Madame Tussauds Hong Kong atas penghormatan ini dan saya sangat berbangga menjadi atlet pertama Malaysia berada dalam senarai.

“Terima kasih kepada pasukan Madame Tussauds Hong Kong yang sangat sabar dan teliti ketika sesi berkenaan. Pengalaman yang pertama buat saya!” katanya.

Bekas jaguh badminton negara itu turut memberitahu yang patung berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun ini.

Chong Wei yang bersara daripada sukan badminton pada tahun lalu dan pernah menduduki ranking pemain no 1 dunia dengan rekod 349 minggu.

Beliau juga baru-baru ini telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Negara dalam mengharungi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.