Tak Perlu Straw Plastik, Guna Serai Pun Boleh!

Kalau di Vietnam mereka menggunakan rumput sebagai straw untuk menggantikan straw plastik, kini di Malaysia penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.

Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

Beliau berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas, semalam.

Husam menyifatkan penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa.

“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

39 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago