fbpx
Now Reading
“Jangan Sedap Hina Saya, Nanti Kena Batang Hidung Sendiri” – Aliff Aziz

“Jangan Sedap Hina Saya, Nanti Kena Batang Hidung Sendiri” – Aliff Aziz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai sebulan memasuki tahun 2020, Aliff Aziz sekali lagi menjadi perhatian dan bahan topik netizen apabila terpalit dengan satu insiden pergaduhan di luar kedai makan di Singapura.

Selepas dikecam hebat dan dikatakan langsung tidak berubah, Aliff Aziz semalam memuat naik satu status ringkas seakan berkait rapat dengan video berkenaan yang mengingatkan orang ramai yang mempersendakanya atas insiden tersebut.

Menerusi status itu lagi, penyanyi dan pelakon itu menyifatkan segelintir netizen tidak merasai dan tidak pernah berada dalam situasi yang sedang dialaminya.

Dia dalam masa sama turut menyindir golongan netizen yang seakan beriman tapi sebaliknya menghina manusia lain. Malah Aliff turut mengingatkan netizen yang mengecamnya untuk cermin diri sendiri adakah mereka layak menilai orang lain.

Aliff yang percaya bahawa segala rezeki telah diaturkan Tuhan turut menasihatkan netizen untuk tidak menghina orang lain dikhuatiri suatu hari nanti terkena pada diri sendiri.

“No offence, Semuanya baik-baik sahaja. Rezeki semua (di) tangan tuhan. Jangan sedap hina nanti terkena batang hitung sendiri baru rasa padannya” tulis Aliff menutup ayatnya.

Selain dari memuatnaik status berkenaan di Instastory, pelakon berkenaan turut dilihat telah memadam semua gambar yang terdapat di Instagramnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video dipercayai berlaku di hadapan kedai sebuah kedai makan di negara jiran, Singapura yang memperlihatkan lelaki mirip Aliff sedang bertengkar dengan beberapa orang indivudu. Menerusi video itu juga turut kedengaran Aliff mengeluarkan kata-kata kesat dan turut menunjukkan kemaluannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.