fbpx
Now Reading
“Tak Perlu Panggil Harry dan Meghan ‘Yang Mulia’ Lagi” – Ratu Elizabeth

“Tak Perlu Panggil Harry dan Meghan ‘Yang Mulia’ Lagi” – Ratu Elizabeth

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan Diraja Britain, Putera Harry, 35, dan Meghan, 38, kini tidak lagi memegang gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness selepas kedua mereka membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas Diraja dan mahu hidup berdikari.

Sebelum ini menerusi Instagram kedua mereka membuat kejutan dengan memaklumkan hasrat untuk menetap di Amerika Utara bersama anak mereka, Archie.

Selain itu mereka juga menyatakan hasrat untuk menjana pendapatan serta menanggung perbelanjaan sendiri termasuk kos keselamatan mereka.

Sumber ET Online

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Buckingham, 10 hari selepas menyatakan hasrat mereka, pasangan ini dikehendaki untuk membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant), wang yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi mereka di London, Frogmore Cottage – 2.4 juta euro bersamaan RM10.8 juta

Pihak Istana turut mengesahkan yang pasangan ini selepas ini bakal menghabiskan banyak masa di Canada namun akan kekal memiliki kediaman rasmi mereka di London itu.

Dipetik dari Awani, Ratu Elizabeth II bagaimanapun melahirkan rasa senang hati baginda dengan keputusan yang dilakukan oleh pasangan itu malah menghormati keputusan mereka untuk hidup dengan lebih bebas.

“Selepas mengadakan perbincangan selama berbulan-bulan, beta gembira kerana mereka telah menemui langkah yang sewajarnya untuk membesar dan menyara hidup berkeluarga dengan baik.

“Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan saya sentiasa menyayangi mereka,” jelas Ratu Britain itu dalam satu kenyataan.

Baginda dalam masa sama turut mengucapkan rasa terima kasih atas sumbangan mereka terhadap Britan dan negara Komanwel sebelum ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan mereka kepada negara, Komanwel dan sebagainya,” jelas baginda.

Difahamkan adik kepada Putera William itu akan turut melepaskan tiga jawatan ketenteraan dan duta belia Komanwel.

Sebelum ini pada isnin lalu ahli keluarga diraja Britain telah mengadakan satu perjumpaan di Istana Sandringham, hasil dari pertemuan tersebut Ratu Britain itu bersetuju untuk satu tempoh peralihan sementara butir perjanjian itu akan diperincikan lagi.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.