fbpx
Now Reading
“Baik buruk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa.” – Sharnaaz Ahmad

“Baik buruk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa.” – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad meluahkan mengenai tindakan isterinya, Noor Nabila Mohd Nor yang memberikan kenyataan kepada media di mahkamah baru-baru ini.

Kalau isteriku (masih lagilah) ingin berbicara mengenai suaminya, itu dah tak betul dan kurang manis. Kecuali lelaki berlaku kasar, curang atau dayus,” luah beliau.

Sharnaaz melalui Instagram Story (IGS) berkata, tindakan kakak kepada pengacara, Neelofa itu adalah salah dan kurang manis.

Bagaimanapun, dia tidak akan menghina isterinya dalam sebarang ruang media demi anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun enam bulan.

“Tidak akan aku menghinanya di mana-mana ruang media, sebab apa? Satu sebab, Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad,” katanya.

Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku biarlah Allah dan orang terdekat saja tahu.

“Kenapa aku memilih untuk diam dalam isu rumah tangga kerana Jebat, hanya Jebat.

“Kebenaran tidak seperti yang didambakan. Biar Allah dan orang terdekat saja yang tahu. Tak perlu menjadi sorakan orang lua.

“Baik buruk suami atau isteri dia tetap pernah menjadi yang teristimewa. Biarkan saja begitu,” katanya.

Terdahulu, pada Khamis lalu, akhbar ini melaporkan Nabila meluahkan rasa terkilan atas keengganan Sharnaaz menceraikannya kerana mendakwa sudah setahun kes tuntutan tertangguh.

BACA :Saya-tak-nampak-usaha-sharnaaz-untuk-berdamai-noor-nabila

See Also

Malah, usahawan itu juga memberitahu, hatinya sudah tawar kerana tidak nampak usaha Sharnaaz memulihkan rumah tangga yang goyah.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.