fbpx

Emma Maembong Kahwin Kerabat Diraja Februari 2020?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

SEBELUM ini timbul desas desus yang mengatakan yang pelakon Emma Maembong bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini,

Emma bagaimanapu tampil menafikan dakwaan terbabit, malah dia dilaporkan agak sedih kerana setiap tahun pasti gosip sama diperkatakan. Namun pelakon itu dalam masa sama berharap desas desas tersebut adalah satu doa untuk dirnya.

Namun dipetik dari laporan terbaru Cik Pang di Harian Metro, ada satu sumber yang telah menghubungi dan memberitahunya bahawa Emma Maembong sebenarnya bakal berkahwin pada Februari 2020 ini.

Dalam laporan itu lagi, tidak diketahui mengapa Emma memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada pihak media walaupun beberapa individu di dalam industri sudah pun mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

Menerusi laporan itu lagi, sumber tersebut mendakwa, Emma kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya sehingakan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diterimanya.

Selain dari itu sumber berkenaan turut memberitahu kolumnis portal berkenaan bahawa calon suami Emma adalah seorang kerabat diraja, namun dia tidak mendedahkan rahsia berkenaan dan lebih memilih untuk medengar dari mulut pelakon cantik itu sendiri

Kalau betul perkhabaran tersebut apa salahnya bukan? Mungkin dah tiba masanya untuk Emma pula menamatkan zaman bujangnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.