
Gara-gara Silap Tweet Emoji Jalur Gemilang, Luke Skywalker Dapat Banyak Followers Malaysia
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai dakwan media barat bahawa Mark Zuckerberg adalah orang yang bertanggungjawab memberi kebenaran kemasukan iklan politik termasuk pembohongan dan propaganda di laman sosial itu.
Ini menyebabkan kebanyakan rakyat Amerika marah termasuklah golongan selebriti. Di antaranya aalah Mark Hamill yang terkenal dengan watak Luke Skywalker bagi Filem Star Wars.
Sebagai tanda protes Hamill telah bertindak memadamkan akaun Facebook dan mengumumkan perkara berkenaan melalui Twitter miliknya.
“Begitu mengecawakan apabila #MarkZuckerberg lebih mementingkan keuntungan berbanding kebenaran menyebabkan saya memutuskan untuk memadamkan akaun Facebook saya.
“Saya tahu tiada siapa peduli, tetapi saya akan tidur nyenyak malam ini,” tulisnya dalam tweet tersebut.
So disappointed that #MarkZuckerberg values profit more than truthfulness that I've decided to delete my @Facebook account. I know this is a big "Who Cares?" for the world at large, but I'll sleep better at night. #PatriotismOverProfits 🇲🇾>💰 https://t.co/seb2eJMTo6
— Mark Hamill (@HamillHimself) January 12, 2020
Semuanya macam ok tapi.. Kenapa ada Jalur Gemilang?? Tersilap kan? Tapi dia segera membetulkan melalui thread lanjutannya/
Namun dua hari kemudiannya Hamill menerusi Twitternya memberitahu gara-gara kesilapannya itu dia telah mendapat ramai pengikut baru dari Malaysia gara-gara tweet tersebut yang menjadi tular.
Now that we all have had a good laugh at my expense for mistaking a TEENY-TINY flag of Malaysia for a TEENY-TINY Old Glory-the fact remains the same: NO country measures their worth in💰(also, I accidentally blundered into a LOAD of Malaysian followers) #HammyHeartsSoutheastAsia pic.twitter.com/SI3nLW80jJ
— Mark Hamill (@HamillHimself) January 14, 2020
Wow kesilapan teknikal yang mantap!