fbpx
Now Reading
Peminat Bosan Asyik Muka Hairul Dalam Filem Aksi Dan Unit Beruniform?

Peminat Bosan Asyik Muka Hairul Dalam Filem Aksi Dan Unit Beruniform?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat filem aksi pasti mereka perasan antara nama yang sinonim dengan genre seperti ini tidak lain dan tidak bukan ialah Hairul Azreen. Malah pasti ramai yang perasan Hairul kebelakangan ini juga kerap dilihat membawa watak unit beruniform.

Diantaranya adalah watak yang di bawanya sebagai seorang pesara tentera dalam ‘Wira’ , anggota paskal dalam filem ‘Paskal’ , anggota UTK dalam Polis Evo serta Anggota Bomba dalam ‘Qhaliq’

Difahamkan yang terbaru, Hairul bakal membintangi satu lagi filem aksi yang melibatkan unit beruniform iaitu ‘Bakara’ sebagai watak seorang anggota tentera yang terlibat sewaktu tragedi ‘Black Hawk Down’ di Mogadishu, Somalia.

Yang menariknya selain Hairul, filem ini bakal dibintangi beberapa lagi nama yang sinonim dengan filem aksi seperti Shaheizy Sam, Bront Palarae, serta beberapa nama hebat lain seperti Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.

Bagaimanapun belum apa-apa sudah ada segelintir netizen yang mempertikaikan sudah bosan dan muak melihat Hairul melakonkan watak yang sama sahaja. Tidak kurang juga ada yang merasakan perlu dilahirkan wajah baru untuk berlakon filem genre sebegini.

Bagaimanapun dalam masa sama, masih ramai yang mempertahankan pemilihan Hairul , tidak kurang juga yang turut memuji latar belakangnya dan karakternya yang dilihat bersesuaian dengan genre filem sedemikian.

Terdapat juga segelintir netizen yang menyukai gaya dan kemahiran Hairul bertarung dan mengharapkan pelakon lelaki itu mampu memperbaiki mutu lakonannya.

Pada pendapat peribadi penulis, rasanya langsung tidak menjadi kesalahan sekiranya Hairul membintangi filem dengan genre seperti itu, malah telah terbukti keupayaan dirinya untuk membawa watak filem jenis aksi dan unit beruniform.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.