fbpx
Now Reading
Sah! Proton X50 Akan Dilancar Tahun Ini

Sah! Proton X50 Akan Dilancar Tahun Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat yang ternanti-nanti SUV kedua Proton iaitu model Proton X50, disini ada berita gembira buat anda kerana CEO Proton Dr. Li Chunrong telah mengesahkan bahawa Suv Segmen-B ini bakal di lancarkan di negara kita pada tahun ini.

Memetik dari portal Paul Tan, Dr. Li dalam satu kenyataan berkata model itu akan menjadi pelancaran kedua terbesar Proton selepas pelancaran X70 CKD (versi pemasangan tempatan) yang di hasilkan di Tanjung Malim untuk tahun ini.

Yang menariknya mengenai X50, pihak Proton akan terus mengeluarkan model jenis CKD ; tidak seperti X70 yang sebelum ini terlebih dahulu hadir dengan versi CBU .

Secara tidak lansung kilang Proton di Tanjung Malim akan menjadi satu-satunya kilang di dunia yang menghasilkan SUV Geely SX11  untuk versi pemanduan sebelah kanan.

Foto : Theophilus Chin/ Paultan

Sebelum ini beberapa keping foto spyshot prototaip Proton X50 sedang dipandu uji telah menjadi tular di laman sosial, dengan yang terbaru, dua minggu lalu prototaip berkenaan nampaknya sudah pun mengenakan gril signatur ‘Infinite Weave Proton’ menggantikan gril ‘ Expanding Cosmos Geely’

Foto : Adam Hasrol /Paultan

Dari segi spesifikasi,  X50 difahamkan bakal dilengkapi features sama seperti X70 diantaranya bumbung panaromik, sistem pendingin hawa dua zon dan tempat duduk pemandu kawalan berkuasa.

Selain itu juga besar kemungkinan akan hadir dengan sistem infotaimen “Hi Proton” yang dihasilkan dari Geely Key User Interface (GKUI) bersama skrin sesentuh bersaiz 10.25-inci.

Dari segi enjin pula, x50 pasaran di negara kita mungkin akan dijana dengan enjin 1.5 liter turbo berkuasa 174 hp/255 Nm digandingkan dengan kotak gear klac-berkembar automatik tujuh-kelajuan, ciri-ciry yang sama seperti X70 CKD kelak.

Namun yang makin menjadi persoalan adakah x50 juga akan hadir dengan enjin 1.0 liter turbo tiga-silinder berkuasa 134 hp/205 Nm, dan juga sistem pemanduan autonomous tahap 2 sama seperti Geely Binyue di China

Kredit Foto Header : The Ajerul/Pandu Laju

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.