fbpx
Now Reading
Syed Saddiq nafi dakwaan hadir parti dadah

Syed Saddiq nafi dakwaan hadir parti dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan dirinya berada dalam parti dadah baru-baru ini yang membawa kepada penangkapan beberapa individu termasuk wakil rakyat Dengkil Adhif Syan Abdullah.

Dakwaan dibuat portal Johor Press 17 Januari lalu bertajuk: “Syed Saddiq sebenarnya Ada di Parti Dadah Tapi…” yang tular di WhatsApp dan internet.

Saya ingin menegaskan bahawa kandungan artikel yang diterbitkan oleh Johor Press adalah tidak benar sama sekali.

Malah dakwaan bahawa ada cubaan ‘melobi projek-projek besar di Kementerian Belia dan Sukan’ adalah salah dan menjejaskan nama baik kementerian,” kata ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam kenyataan hari ini.”

Artikel itu mendakwa Syed Saddiq hadir pada malam tersebut namun “bernasib baik” kerana dia beredar beberapa minit sebelum premis diserbu polis.

Johor Press juga memuat naik imej WhatsApp mendakwa parti itu berlangsung tiga malam berturut-turut, dianjurkan oleh seorang ahli perniagaan yang cuba melobi projek dalam kementerian.

Selain Adhif Syan yang juga ketua pemuda PPBM Selangor, 17 orang termasuk ahli parti dan pegawai kerajaan ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di sini 12 Januari lalu.

Turut ditahan Penolong Setiausaha Pemuda PPBM Ahmad Redzuan Mohamed Shafi.

Adhif Syan dan Ahmad Redzuan sejak itu digantung tugas parti.

Syed Saddiq berkata laporan polis akan dibuat terhadap Johor Press dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar terutama berkaitan integriti kementeriannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.