Haryz, Anak 3 Tahun Dari Malaysia Dengan IQ 142 Menjadi Individu Termuda Sertai Mensa UK

Seorang kanak-kanak 3 tahun dari Malaysia mencuri tumpuan media dan masyarakat di dunia apabila diserap menjadi ahli dalam IQ tinggi global yang berpangkalan di Britain iaitu Mensa UK.

Adik Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim atau lebih mesra di panggil Haryz yang diserap menyertai Mensa selepas mendapat tahap kecergasan minda (IQ) 142 dalam ujian Stanford Binet mula mendapat liputan luas selepas pencapaian luar biasanya dilaporkan oleh media Metro di UK

Dipetik dari The Star yang memetik Metro UK, ibunya Anira Asyikin and Mohd Hilmy Naim yang berlatar belakangkan kejuruteraan tidak pernah menyangka anak mereka sebenarnya memiliki kepandaian sebegitu.

Muhammad Haryz bersama ibu bapanya yang sudah menetap di Britain dari 2015

“Kami tidak memiliki pengalaman yang banyak, jadi kami menyangkakan perkembagan Haryz adalah sama seperti kanak-kanak lain

Namun segalanya berubah selepas Haryz mula ke sekolah tadika dimana guru yang mengajarnya mengatakan yang anak kecil itu agak kehadapan berbanding kanak-kanak lain.

Haryz yang menetap di Britain bersama ibu bapanya difahamkan kemudian dibawa bertemu seorang Lyn Kendall, seorang pakar psikologi yang kemudiannya mencadangkan anak kecil itu untuk dibawa menduduki ujian Stanford Binet.

Keputusan itulah yang menyebabkan Haryz diterima dan dijemput menyertai Mensa sekaligus memegang keahlian termuda.

Memetik Sinar Harian, Anira bagaimanapun tidak mempunyai sebarang perancangan terkini untuk anaknya dan hanya akan melihat perkembangan dari masa ke semasa.

“Kami ingin dia tetap bergaul dengan kanak-kanak seusia dengannya, namun di rumah kami akan cuba mengajar dia topik yang lebih menarik minatnya kerana bimbang dia bosan.

“Dia juga kerap mengatakan dia bosan jika membuat soalan yang sama setiap kali. Ini adalah cabaran buat kami,” katanya.

Muhammad Haryz bersama datuknya, Prof Dr Hashim Saim.

Malah Anira dalam masa sama turut menolak pandangan sesetengah pihak yang merasakan kehidupan kanak-kanak akan terganggu jika menyertai Mensa, sebaliknyaakin yakin ia mampu membuktikan kebolehan dan potensi Haryz.

“Kami merasakan tidak mengganggu kehidupan Haryz kerana dia gembira bertemu dengan rakan-rakan dan dia mudah selesa. Kami merasakan Mensa dapat membantunya mengembangkan lagi potensi dirinya

“Kami tidak mahu memaksa dia melakukan apa yang dia tidak gemar dan pada masa sama kami tidak mahu dia bosan dengan pembelajaran dia sekolah.

“Kami juga berharap minatnya terhadap buku dan nombor berkekalan,” katanya yang difahamkan akan pulang ke Malaysia hujung bulan ini.

Sumber Foto : Nur Anira Asyikin Hashim

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

23 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

23 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

23 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

24 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago