fbpx
Now Reading
Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia

Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia

Rasanya tak perlulah kami perkenalkan nasi lemak lagi, memandangkan makanan ini adalah makanan kegemaran hampir kesemua rakyat Malaysia. Dari nasinya yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa , sehinggalah ke sambalnya, kombinasi nasi lemak sememangny umphhh!

Kerana isu nasi lemak jugalah seorang wartawan dari Britain baru-baru ini telah di kecam hebat oleh netizen negara kita gara-gara tindakannya mengkritik makanan berkenaan yang dihidangkan didalam pesawat British Airlines (BA) sewaktu dalam perjalanan pulang ke negara asalnya. Dalam erti kata lain, sekiranya anda mengkritik nasi lemak umpama anda sebenarnya sedang mengkirit satu Malaysia.

Baca artikel berkaitan : Wartawan The Telegraph Mohon Maaf Kritik Nasi Lemak

Namun bila bercerita mengenai makanan tradisi rakyat Malaysi ini, tahukah anda dari mana datangnya kewujudan nasi lemak ini ? Siapa yang mula memperkenalkannya? Mesti hanya segelintir yang pernah dengar dan selebihnya tak pernah tahukan?

“Nasi le, mak!”

Buat rakyat Malaysia antara cerita yang pernah diperdendangkan mengenai nasi lemak adalah kisah Mak Kuntum dan Seri, seorang balu bersama anaknya yang hidup di era Kesultanan Melayu Melaka (1400 -1511)

Mak Kuntum adalah seorang balu yang kematian suami akibat peperangan, jadi menyara hidup mereka dua beranak Mak Kuntum terpaksa bekerja dengan mengambil upah mengurut manakala anaknya, Seri ditugaskan untuk menyelesaikan segala urusan di rumah sepeninggalannya mencari kerja.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari sewaktu sedang memasak Seri tanpa sengaja telah tertumpahkan santan kedalam nasi yang sedang di masak.

Foto: Teczcape via TRP

Pulangnya Mak Kuntum dari bekerja dia segera ke dapur , dan apabila melihat nasi berkenaan dia terus bertanya kepada Seri : “Apa kau masak ni, Seri?” yang kemudian di jawab oleh Seri “Nasi le, Mak!” .

Bagi mendapatkan kepastian Mak Kuntum bertanya lagi dan Seri menjawab dengan jawapan yang sama “Nasi le Mak!”, sehingga nasi itu kini dikenali sebagai nasi lemak.

Versi Ke -2

Dalam masa sama terdapat satu lagi versi lain dimana, Seri dikatakan bosan menjamu makanan yang sama setiap hari. Jadi bagi mencuba kelainan di bertekad untuk masak sesuatu yang baru pada hari itu.

Dia mulanya memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. “Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. ” bisiknya di dalam hati.

See Also

Mak Kuntum yang kehairan melihat nasi berkenaan sewaktu pulang kerumah kemudian mengajukan soalan yang sama sebelum dijawab oleh Seri ” Nasi Le..Mak”

Walaupun cerita hikayat ini agak ‘cute’ namun tak mustahil ada kebenaran pada cerita tersebut bukan?

Antara kandungan dalam nasi lemak seperti ikan bilis, nasi, santan adalah bahan yang mudah di cari di Melaka pada zaman tersebut. Manakala sambal yang berasal dari cili pula mungkin adalah sajian tambahan yang di reka kemudianya memandangkan cili susah didapati ketika itu

Cili padi : Foto MakanLena

Malah pokok cili baru diperkenalkan oleh pedagang Portugis di rantau ini pada abad ke 15 hanya selepas kejayaan manusia sampai ke benua Amerika.

Melaka sebagia pusat perdangan penting pada abad ke 15 Foto : Berita PAS

Memandangkan Melaka adalah pusat perdangan penting pada ketika itu, pengenalan cili dalam resepi masakan melayu menyebabkan nasi lemak turut disajikan dengan sambal cili sehingga kekal menjadi menu utama dalam sajian nasi lemak.

Sumber Foto : 3thanWong

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.