fbpx
Now Reading
Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia

Lagenda Nasi Lemak, Kisah Di Sebalik Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata dari anda pasti bersetuju bahawa nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran yang menyatukan semua rakyat Malaysia.

Dari nasinya yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, sehinggalah ke sambalnya, kombinasi nasi lemak sememangnya umphhh!

Kerana nasi lemak jugalah seorang wartawan dari Britain pernah dikecam hebat oleh netizen negara kita pada tahun 2020.

Semuanya gara-gara tindakan pengamal media itu mengkritik makanan berkenaan yang dihidangkan di dalam pesawat British Airlines (BA) sewaktu dalam perjalanan pulang ke negara asalnya.

Dalam erti kata lain, mengkritik nasi lemak umpama anda sedang mengkritik satu Malaysia.

Baca artikel berkaitan : Wartawan The Telegraph Mohon Maaf Kritik Nasi Lemak

Namun bila bercerita mengenai makanan tradisi rakyat Malaysia ini, tahukah anda dari mana datangnya nasi lemak ini? Siapa yang mula memperkenalkannya?

Mesti hanya segelintir yang pernah dengar manakala selebihnya tak mengetahui asal usul makanan popular ini/

Versi pertama: “Nasi le, mak!”

Buat rakyat Malaysia antara cerita yang pernah diperdendangkan mengenai nasi lemak adalah kisah Mak Kuntum dan Seri, seorang balu bersama anaknya yang hidup di era Kesultanan Melayu Melaka (1400 -1511).

Mak Kuntum adalah seorang balu yang kematian suami akibat peperangan, jadi demi menyara hidup mereka dua beranak, Mak Kuntum terpaksa bekerja dengan mengambil upah mengurut.

Manakala anaknya, Seri ditugaskan untuk menyelesaikan segala urusan di rumah sepeninggalannya mencari kerja.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari sewaktu sedang memasak, Seri tanpa sengaja telah tertumpahkan santan ke dalam nasi yang sedang dimasak.

Foto: Teczcape

Sebaik pulangnya Mak Kuntum dari bekerja, dia segera masuk ke dapur. Pelik melihat nasi berkenaan, dia kemudian terus bertanya kepada Seri, “Apa kau masak ni, Seri?” yang kemudian dijawab oleh Seri “Nasi le, Mak!”.

Bagi mendapatkan kepastian Mak Kuntum bertanya lagi dan Seri menjawab dengan jawapan yang sama “Nasi le Mak!”. Sejak dari itu terhasillah nasi dengan campuran santan yang kini dikenali sebagai nasi lemak.

Versi Kedua: Seri cipta kelainan

Dalam masa sama terdapat satu lagi versi lain di mana Seri dikatakan bosan menjamu makanan yang sama setiap hari. Jadi bagi mencuba kelainan, dia nekad untuk memasak sesuatu yang baru pada hari itu.

Dia mulanya memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.

“Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti,” bisiknya di dalam hati.

Mak Kuntum yang kehairan melihat nasi berkenaan sewaktu pulang ke rumah kemudian mengajukan soalan yang sama sebelum dijawab oleh Seri, “Nasi Le..Mak”.

Walaupun cerita hikayat ini agak ‘cute’ namun tak mustahil ada kebenaran pada cerita tersebut bukan?

Bahan pelengkap nasi lemak mudah dicari pada zaman Kesulatanan Melayu Melaka lagi

Bahan dan kandungan pelengkap dalam nasi lemak seperti ikan bilis, nasi, santan adalah bahan yang mudah dicari di Melaka pada zaman tersebut.

Manakala sambal yang berasal dari cili pula mungkin adalah sajian tambahan yang direka kemudiannya memandangkan cili susah didapati pada waktu itu.

Cili padi : Foto MakanLena

Malah pokok cili baru diperkenalkan oleh pedagang Portugis di rantau ini pada abad ke-15 hanya selepas kejayaan manusia sampai ke benua Amerika.

Melaka sebagia pusat perdangan penting pada abad ke 15 Foto : Berita PAS

Memandangkan Melaka adalah pusat perdangan penting pada ketika itu, pengenalan cili dalam resepi masakan melayu menyebabkan nasi lemak turut disajikan dengan sambal cili sehingga kekal menjadi menu utama dalam sajian nasi lemak.

Sumber Foto : 3thanWong

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.